Berita

TIGA CADANGAN AKTIVITI MENARIK BUAT PENONTON RTM

||||
- Diterbit 26 September 2021 2:00 AM MYT

SETIAP seorang daripada kita pastinya sudah memiliki perancangan tersendiri dalam melakukan aktiviti kegemaran masing-masing. Terutama apabila sudah dibenarkan merentas daerah dan negeri seperti yang diharapkan kelak daripada pihak kerajaan.

Kali ini Wilayahku senaraikan perkongsian Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengenai tiga buah program terbaharu yang sedang disiarkan di saluran TV Okey (Astro Saluran 146 dan MyTV Saluran 110), pastinya menyumbang idea untuk anda sekeluarga melakukan aktiviti kegemaran bersama-sama.

Bagi yang terlepas untuk menonton program menarik ini, anda boleh saksikan siarannya bila-bila masa dan dimana sahaja menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Jangan lupa untuk memuat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

#1 Hero Joran

HERO Joran merupakan program buat kaki pancing yang tercari-cari lokasi terbaru untuk memancing. Bersama Amalina Arham merasai pengalaman memancing dengan tetamu undangan di pelbagai lokasi terpilih di Malaysia. Program yang bersiaran setiap Jumaat, pukul 10 malam ini turut berkongsi tip serta teknik memancing ikan yang betul menerusi 13 episod.

#2 Travel Beat- South Africa

AKTIVITI kembara sama ada dalam atau luar negara pastinya ada terlintas dalam fikiran kita. Ikuti perjalanan pengembaraan pelakon terkenal, Sean Lee berkunjung ke beberapa lokasi unik dan istimewa di Johannesburg, Afrika Selatan untuk menikmati pelbagai pemandangan menarik dan pengalaman unik ketika di sana. Semuanya boleh diikuti dalam program “Travel Beat – South Africa” mulai 12 September lalu, setiap Ahad, pukul 9.00 malam dalam slot Check-In Okey.

#3 Dunia Femina

SEBAGAI melengkapkan perkongsian bermakna dengan penonton setia saluran RTM, saksikan program “Dunia Femina” bersiaran mulai 14 September lalu, setiap Selasa, pukul 8.30 malam mengisi slot Stail Okey. Program majalah ini pastinya memberi inspirasi serta maklumat tentang penampilan imej yang menarik, sihat dan kehidupan yang berkualiti bersama selebriti dari pelbagai bidang bersama hosnya Fiza Frizzy.

-WILAYAHKU- DIANA AMIR

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas