Berita

Jaga hubungan intim, elak cerai – Syatilla Melvin

|SAM dan Syatilla percaya hubungan intim memainkan peranan penting dalam kebahagiaan suami isteri.
- Diterbit 9 Februari 2021 12:25 AM MYT

KES perceraian di Malaysia merekodkan peningkatan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Trend ini juga dijangka terus meningkat.

Selain masalah kewangan kerana suami kehilangan pendapatan, ketidakpuasan dalam hubungan intim atau seks juga merupakan punca yang menyebabkan berlakunya perceraian.

Menurut pelakon dan usahawan berjaya, Syatilla Melvin,30, setelah lima tahun berkahwin, dia menyedari hubungan intim suami isteri memainkan peranan penting dalam kebahagiaan rumah tangga.

“Saya sedar ada yang bercerai disebabkan tidak puas dalam hubungan intim. 

“Pekara ini sangat penting. Ia merangkumi tahap kegembiraan kita dengan pasangan.

“Semakin  intim,semakin loving pasangan itu. 

“Kalau kita tak rasa hubungan intim itu penting, hubungan suami isteri akan hambar.Perempuan perlu ambil berat tentang ini,” jelas Syatilla yang juga isteri kepada pelakon popular Shaheizy Sam dalam sesi temu bual secara virtual sempena ulang tahun perkahwinan kelima mereka semalam.

Bagi Sam pula, dalam kehidupan berumahtangga ini perlu ada keseronokan. 

“Kena ada keseronokan dalam hubungan  suami isteri. Salah satunya adalah hubungan intim.  Kalau tidak ada keseronokan, ia akan jadi seolah-olah sekadar menjalankan tanggungjawab,” ujar Sam.

SAM dan Syatilla percaya hubungan intim memainkan peranan penting dalam kebahagiaan suami isteri.

Setelah lima tahun berkahwin, Sam dan Syatilla dikurniakan juga dua cahaya Syeriv Samheizy,4,  dan Sarima Samheizy yang kini berusia dua tahun. 

Tilla turut berkongsi amalan pengambilan jamu sejak berusia 15 tahun lagi membuatkan dia dan suami bertekad untuk menghasilkan sebuah produk minuman jamu, Pengaseh (Pelaris Cinta) di pasaran khusus kepada wanita. 

Diangkat sebagai produk pertama kolaborasi Tilla bersama suaminya, Pengaseh adalah salah satu rahsia mereka mengekalkan kebahagiaan rumah tangga mereka selepas mendirikan perkahwinan pada 8 Februari 2016. 

“Saya sendiri boleh rasa impaknya dari zaman bujang hingga sekarang. Bayangkan, saya rasa lebih bertenaga termasuk mampu rasa perbezaan daripada segi dalaman apatah lagi selepas berkahwin dan melahirkan anak.

“Ia berperanan membantu hubungan bersama suami. Dan waktu sama, saya hendak tolong wanita di luar sana kerana percaya hubungan intim yang baik perlu berjalan di antara suami isteri. 

“Benar, hubungan seksual amat penting dalam rumah tangga. Ia kunci kekal bahagia.

“Selain mereka boleh merasai sendiri khasiat minuman jamu ini, saya lihat Pengaseh boleh menjana sumber pendapatan sampingan buat wanita dengan menjadi ejen ataupun stokis berdaftar kami,” ujar Syatilla lagi. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas