Berita

Tidak Jadi Kahwin NIEZAM ZAIDI.. “ALLAH Sebaik-Baik Perancang” – NONNY NADIRAH

- Diterbit 26 Oktober 2020 4:23 AM MYT

KATA orang, cinta itu tidak semestinya memiliki. Kalau putus di tengah jalan, tiada guna bermusuh sebaliknya saling mendoakan adalah sebaik-baiknya. 

Begitulah bekas pasangan kekasih selebriti  Nonny Nadhirah dan Niezam Zaidi yang telah membatalkan perkahwinan mereka disebabkan alasan tertentu.

“Setelah mengambil kata sepakat, perkahwinan antara kami telah pun dibatalkan. 

“Korang, satu kiteorang (kami) mintak, tolong doakan kebahagiaan buat kami  dan bertemu jodoh yang baik buat masing-masing ya.

“Sesungguhnya kami hanya mampu merancang tapi Allah itu sebaik-baik perancang.

“Kepada rakan media, maaf saya tak dapat nak get back balik dengan anda semua. 

“Untuk masa ini, I reserve my comment. Harap korang faham. Love you guys,” tulisnya di instagram miliknya. 

Sebelum itu, dalam hantaran (posting) yang sama, Nonny mengucapkan ulang tahun kelahiran buat bekas kekasihnya, Niezam Zaidi yang ke-28, hari ini.

Nonny dan Niezam boleh dijadikan contoh buat remaja di luar sana. Bila putus cinta anggaplah tiada jodoh dan tidak bermusuh. Semoga kedua-dua artis muda ini terus sukses. – WILAYAHKU

 

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas