Berita

“Tidak buat tetapi difitnah…” – Sarah kesal portal biadab

- Diterbit 24 Januari 2021 11:22 PM MYT

PENYANYI terkenal Siti Sarah terkilan dengan sesetengah portal yang tidak bertanggunggjawab tidak pernah serik menyebarkan fitnah terhadap dirin dan suami, Shuib.

Siti Sarah juga mempersoalkan netizen kononnya seperti wartawan dan mengambil kesempatan untuk menjual produk atas fitnah yang dilemparkan. 

“Apa anda akan buat? Kalau berada di tempat saya dan suami. Anda tidak buat satu benda tetapi difitnah besar-besaran. Kerana portal-portal yang tidak bertanggungjawab.

“Kononnya nak menegakkan kebenaran. Semua nak jadi wartawan kononnya sedangkan info pun salah! Menggunakan populariti sesuatu kes untuk jual produk.

“Mula-mula post cerita pasal duit haram bagai. Post seterusnya alih-alih jual (ubat) kelamin dan sebagainya. Macam tak faham saya dengan fitnah orang,” luah Siti Sarah yang kesal dengan sikap individu yabg tidak bertanggunggjawab.

Terdahulu, kecoh apabila Shuib dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung isu Macau Scam.

Baru-baru ini Shuib kini dalam proses untuk meminta SPRM mengeluarkan surat yang menyatakan dirinya tidak ada kaitan dan akan membersihkan namanya daripada terus dikaitkan dengan kes berkenaan.

Semoga segalanya dipermudahkan. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas