Berita

Tiada TPM, empat Menteri Kanan bantu Muhyiddin

MUHYIDDIN ketika mengumumkan barisan Kabinetnya di pejabat Perdana Menteri, Putrajaya petang tadi. Foto NAZIRUL ROSELAN
- Diterbit 9 Mac 2020 10:59 AM MYT

PUTRAJAYA – Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membentangkan senarai barisan Kabinetnya yang menampilkan citra baharu dan memenuhi aspirasi rakyat.

Perdana Menteri berkata, senarai barisan Kabinet yang dipilih itu telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan ia merupakan hasil perbincangan dengan rakan-rakan pimpinan dalam Bersatu, Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak dan Pas.

Beliau berkata, kesemua barisan Kabinet tersebut dijadual mengangkat sumpah pada Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong di Istana Melawati di sini pada pukul 3 petang esok (Selasa, 10 Mac 2020)

Muhyiddin turut mengambil pendekatan berlainan apabila tidak mengumumkan pelantikan Timbalan Perdana Menteri sebaliknya memilih melantik empat Menteri Kanan bagi membantu pentadbirannya.

“Saya juga akan memastikan Kabinet saya adalah sebuah Kabinet yang berfungsi serta dapat menyampaikan perkhidmatan lebih berfokus.

“Untuk itu, saya melantik empat orang Menteri Kanan yang akan membantu menyelaras hal ehwal Kabinet berkaitan dengan bidang-bidang ekonomi, keselamatan, pembangunan infrastruktur serta pendidikan dan sosial,” katanya.

Perdana Menteri menjelaskan, pelantikan Menteri-Menteri Kanan ini akan membolehkan isu-isu berbangkit antara kementerian dapat diselaras dengan lebih cekap dan berkesan.

“Saya ingin membentuk sebuah Kabinet yang benar-benar dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat – a cabinet that delivers.

“Menteri-Menteri Kanan akan membantu saya menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri termasuklah mempengerusikan mesyuarat kabinet di waktu ketiadaan saya dalam negara. Dengan adanya Menteri-Menteri Kanan ini, maka tiada keperluan pada masa ini untuk seorang Timbalan Perdana Menteri dilantik,” katanya.

Berikut adalah senarai barisan Kabinet yang diumumkan Muhyiddin di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra pada pukul 5 petang tadi.

Menteri Kanan
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri:
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
Timbalan Menteri: Datuk Lim Ban Hong (akan dilantik sebagai
Senator)

Menteri Kanan
Menteri Pertahanan:
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri: Datuk Seri Ikhmal Hisham Abdul Aziz

Menteri Kewangan:
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (akan dilantik
sebagai senator)
Timbalan Menteri I: Datuk Abd. Rahim Bakeri
Timbalan Menteri II: Mohd. Shahar Abdullah

Menteri Kanan
Menteri Kerja Raya: Datuk Seri Fadillah Yusof
Timbalan Menteri: Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh

Menteri Kanan
Menteri Pendidikan: Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin
Timbalan Menteri I: Datuk Dr. Mah Hang Soon (akan dilantik
sebagai Senator)
Timbalan Menteri II: Muslimin Yahaya

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi):
Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri: Arthur Joseph Kurup

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas):
Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof
Timbalan Menteri: Datin Mastura Yazid

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang):
Datuk Takiyuddin Hassan
Timbalan Menteri: Datuk Eddin Syazlee Shith

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama):
Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (akan dilantik
sebagai Senator)
Timbalan Menteri: Ahmad Marzuk Shaary

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan
Sarawak):
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Timbalan Menteri: Datuk Hanifah Hajar Taib

Menteri Pengangkutan: Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Timbalan Menteri: Hasbi Habibollah

Menteri Alam Sekitar:
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Menteri: Datuk Dr. Ahmad Masrizal Muhammad (akan
dilantik sebagai Senator)

Menteri Sumber Manusia: Datuk Seri M. Saravanan
Timbalan Menteri: Awang Hashim

Menteri Wilayah Persekutuan:
Tan Sri Annuar Musa
Timbalan Menteri: Datuk Seri Dr. Santhara Kumar

Menteri Wanita dan Keluarga: Datuk Seri Rina Mohd. Harun
Timbalan Menteri: Datuk Siti Zailah Mohd. Yusoff

Menteri Pengajian Tinggi: Datuk Dr. Noraini Ahmad
Timbalan Menteri: Datuk Dr. Mansor Othman

Menteri Tenaga dan Sumber Asli: Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah
Timbalan Menteri: Ali Biju

Menteri Dalam Negeri: Datuk Seri Hamzah Zainuddin
Timbalan Menteri I: Datuk Seri Dr. Ismail Mohamed Said
Timbalan Menteri II: Jonathan Yassin

Menteri Kesihatan: Datuk Seri Dr. Adham Baba
Timbalan Menteri I: Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali
Timbalan Menteri II: Datuk Aaron Ago Dagang

Menteri Pertanian dan Industri Makanan: Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Timbalan Menteri I: Datuk Seri Ahmad Hamzah
Timbalan Menteri II: Datuk Che Abdullah Mat Nawi

Menteri Pembangunan Luar Bandar: Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad
Timbalan Menteri I: Datuk Abdul Rahman Mohamad
Timbalan Menteri II: Datuk Henry Sum Agong

Menteri Luar Negeri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan Menteri: Datuk Kamaruddin Jaffar

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna:
Datuk Alexander Nanta Linggi
Timbalan Menteri: Datuk Rosol Wahid

Menteri Komunikasi dan Multimedia: Datuk Seri Saifuddin Abdullah
Timbalan Menteri: Datuk Zahidi Zainul Abidin

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Zuraida Kamaruddin
Timbalan Menteri: Datuk Seri Ismail Abd. Mutalib

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi: Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Timbalan Menteri: Ahmad Amzad Hashim

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi: Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Timbalan Menteri: Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi: Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali
Timbalan Menteri I: Datuk Seri Dr. Wee Jeck Seng
Timbalan Menteri II: Willie Mongin

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan: Datuk Seri Nancy Shukri
Timbalan Menteri: Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan

Menteri Perpaduan Negara: Datuk Halimah Mohamed Sadique
Timbalan Menteri: Datuk Seri Tiong King Sing

Menteri Belia dan Sukan: Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican
Timbalan Menteri: Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal
(akan dilantik sebagai Senator) – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas