Berita

Tiada Penyingkiran.. AYU,NORANIZA, ASHIRA Antara Finalis GV7

- Diterbit 7 Disember 2020 12:14 AM MYT

SUDAH menjadi rezeki buat Cliff Umar yang mendapat markah paling rendah apabila terselamat daripada tersingkir kerana tiada penyingkiran dilakukan pada konsert separuh akhir yang berlangsung malam tadi.

Selain Cliff Umar, enam lagi peserta lain layak ke peringkat akhir adalah tiga perserta dengan markah tertinggi iaitu Oja, Muss dan Linda Nanuwil.

Lain-lain peserta yang akan meneruskan saingan di peringkat final nanti adalah Ashira (ke-4), Ayu Damit (ke-5) dan Noraniza Idris (ke-6)

GV 7 untuk saingan separuh akhir telah diadili oleh Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim selaku juri tetap, manakala Datuk Syafinaz Selamat dan Jay Jay pula menjadi juri jemputan. – WILAYAHKU

 

Senarai Persembahan Lagu Final GV7

 

1.Jujur Di Sana Cinta Di Sini Rindu – Oja (Siti Nordiana – Duet)

2.Mentari Merah Di Ufuk Timur & Mencintamu – Muss (Azharina – Duet)

3.One Moment In Time & Terlanjur Cinta – Linda Nanuwil (Hardy Mirza – Duet)

4.Wajah Kekasih & Beribu Sesalan – Ashira (Ayai – Duet)

5.Bukan Dia Tapi Aku & Memori Tercipta – Ayu Damit (Naqiu – Duet)

6.Hutang & Empat Dara – Noraniza Idris (Aishah – Duet)

7.Nakal & I’d Do Anything For Love – Cliff Umar (Noryn Aziz – Duet)

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas