Berita

Tiada pemberian vaksin secara walk-in: DBKL

BERITA tidak benar berkenaan pemberian vaksin secara ‘walkin’ di DBKL disebarkan menerusi Aplikasi WhatsApp sehingga menimbulkan kekacauan BERITA tidak benar berkenaan
- Diterbit 23 Julai 2021 8:00 AM MYT

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak menawarkan pemberian vaksin secara ‘walk in’ di Hotel Grand Seasons seperti tersebar di aplikasi WhatsApp baru-baru ini.

Unit Media DBKL menerusi kemas kini di Facebook berkata, pihaknya meminta orang awam berhenti menyebarkan maklumat tidak tepat itu.

Menurut kenyataan itu, program yang berlangsung pada 15 hingga 18 Julai itu hanya tertumpu untuk golongan sasar sahaja.

“Pemberian vaksin pada tarikh tersebut dibuka kepada golongan gelandangan, orang kelainan upaya (OKU), peniaga dan penjaja serta komuniti berdekatan sahaja,” menurut kenyataan itu pada Jumaat.

Katanya, pendaftaran itu dibuat melalui hotline RumahPrihatin@Grand Seasons di talian 011-7110 7898 (Whatsapp) dan bukannya secara ‘walk in’ seperti didakwa.

Sebelum ini tular sebaran mesej memaklumkan orang awam yang belum menerima vaksin dipelawa ke Hotel Grand Seasons untuk mengambil vaksin secara terus pada 15 hingga 21 Julai anjuran DBKL. -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas