Tiada lagi PKP selepas ini – PM
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) menyampaikan bantuan kepada penduduk Kampung Guai, Azizah Awg Lazi (kiri) pada Program Santunan Mangsa Banjir anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di Kampung Guai hari ini. Foto - BERNAMA

Tiada lagi PKP selepas ini – PM

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan tiada lagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan di seluruh negara selepas ini.

Beliau berkata demikian berikutan pelbagai spekulasi timbul kononya PKP akan dilaksanakan semula termasuk ketika sambutan Aidilfitri tahun ini sehingga membawa keresahan kepada rakyat.

“Saya pernah umumkan bahawa kita tidak akan buat lagi PKP seluruh negara, negeri dan daerah.

“Saya beri jaminan tidak akan menutup lagi ekonomi negara dari segi perniagaan dan pergerakan rakyat juga bebas seperti biasa tetapi kini tumpuan kita lebih fokus kepada kawasan bersasar sahaja. ,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas perjumpaan bersama anggota-anggota Kemas daerah Bera, di sini, pada Ahad.

Tambahnya, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan sekiranya sesuatu kawasan berlaku peningkatan jumlah kes positif Covid-19.

“Sebagai contoh kawasan yang akan dilaksanakan PKPD adalah di Bera, Kawasan di Felda Sebertak susulan berlakunya peningkatan kes covid-19 di situ.

“Jadi jangan bimbang dah ada buat spekulasi, kononnya rakyat tak boleh balik, itu semua tidak betul, kita pastikan perkara ini tidak berlaku,” tegasnya lagi. – WILAYAHKU

Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )