Berita

Tiada kenyataan isu pesawat PIA – Kementerian Pengangkutan

- Diterbit 15 Januari 2021 1:31 PM MYT

KEMENTERIAN Pengangkutan Malaysia tidak akan membuat kenyataan mengenai insiden pesawat milik Pakistan International Airlines (PIA) yang dilaporkan ditahan pihak berkuasa Malaysia.

“Oleh kerana pesawat berkenaan ditahan sementara menunggu prosiding antara pihak di mahkamah yang ditetapkan pada 24 Jan 2021, kementerian tidak akan mengeluarkan kenyataan,” menurutnya dalam satu kenyataan hari ini.

Media asing melaporkan bahawa pesawat PIA telah ditahan oleh pihak berkuasa Malaysia berhubung kes mahkamah Britain dan kerajaan Pakistan diminta membawa perkara itu secara diplomatik.

Dilaporkan bahawa pesawat Boeing 777 itu disita setelah terdapat perintah mahkamah dan penumpangnya diatur untuk kembali ke Pakistan. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas