Selebriti

Tiada istilah bergaduh dengan Fazura – Rizman Ruzaini

- Diterbit 4 Julai 2022 11:06 AM MYT

PEREKA fesyen duo terkenal tanah air, Rizman Ruzaini menepis dakwaan yang mengatakan mereka mini bergaduh dengan aktres Fazura.

Jika sebelum ini, mereka kelihatan bersama, paling tidak pun sering dilihat mesra dalam media sosial. Ini menimbulkan tanda Tanya dalam kalangan netizen.

“Apa yang saya boleh katakan, dulu kami rapat dan kerap keluar bersama kerana saya masih bujang ketika itu.

“Namun, apabila sekarang saya sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak, komitmen kami bertambah dan kami sangatlah sibuk sehingga tiada masa untuk berjumpa.

“Jadi saya kira kami tiada masalah pun, sebaliknya saya bangga dengan kejayaan beliau yang kini sedang sibuk mengembangkan perniagaan jenamanya sendiri.

“Saya hanya berdoa dari jauh dan menumpang gembira di atas pencapaiannya.

“Apapun, kami tetap berhubung rapat, berkomunikasi menerusi telefon macam biasa, cuma jarang bersua muka sahaja.

“Sebab itulah tiada gambar terbaharu kami di media sosial untuk dikongsikan. Bukannya sebab kami gaduh atau apa,” jawab Rizman Nordin dan Wan Ruzaini.

Kedua-dua ikon fesyen itu berkata demikian ketika ditemui selepas majlis ulang tahun pertama koleksi hijab Mono Scarves RR di Bukit Bintang, baru-baru ini.

Terdahulu, netizen mendakwa hubungan rakan baik terbabit kian renggang disebabkan aktres jelita itu tidak kelihatan di beberapa majlis anjuran Rizman Ruzaini.

Sementara itu, sempena sambutan ulang tahun berkenaan, duo tersebut telah melantik tujuh selebriti popular tempatan iaitu Ziana Zain, Aina Abdul, Izara Aishah, Hawa Rizwana, Kilafairy, Amyra Rosli dan isteri Rizman sendiri, Nurida Suraya sebagai ‘muse’ koleksi tudung jenama berkenaan. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas