Berita

‘The Little Mermaid’ dahului carta pecah panggung di benua Amerika Utara

- Diterbit 29 Mei 2023 6:45 AM MYT

FILEM The Little Mermaid mendahului carta jualan tiket pecah panggung di benua Amerika Utara dengan anggaran jualan dalam masa tiga hari pada hujung mencecah US$95.5 juta, lapor Xinhua.

Diadaptasi daripada filem animasi ikonik Disney 1989, filem fantasi muzikal itu berdasarkan kisah dongeng Hans Christian Andersen pada tahun 1837, filem ini mengisahkan kisah cinta ikan duyung yang dikenali sebagai Ariel

Filem arahan Rob Marshall itu menampilkan pelakon seperti Halle Bailey sebagai teraju utama, bersama Daveed Diggs, Jacob Tremblay, Awkwafina, Jonah Hauer-King, Art Malik dan lain-lain.

Setakat ini, filem ini berkenaan mendapat penilaian sebanyak 67 peratus berdasarkan 242 ulasan di laman sesawang Rotten Tomatoes.

The Little Mermaid memperoleh “A” daripada skala “A+” hingga “F” berdasarkan tinjauan oleh firma penyelidikan pasaran CinemaScore.

Filem aksi terbitan Universal Pictures, Fast X, di tempat kedua dengan kutipan US$23.02 juta pada hujung minggu. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas