Berita

“Terima kasih kerana mengkhianati aku” – MK kecewa difitnah larikan duit

||
- Diterbit 28 Mac 2021 9:54 PM MYT

PENYANYI rap terkenal yang juga salah seorang anggota K-Clique iaitu MK mengaku dirinya difitnah apabila didakwa membawa lari duit.

Menerusi Instagram miliknya, MK tampil memberi penjelasan dan menyatatakan dia baru sahaja mengetahui perkara tersebut.

“Assalamualaikum, pertama sekali saya ingin meminta maaf kepada semua yang terlibat. Saya baru dapat tahu isu tentang bekas PA (pembantu peribadi) saya yang ambil job di belakang saya.

“Isu ini dari tahun lalu. Untuk pihak yang terlibat dan yang telah diambil duitnya boleh contact 0172580963 untuk kita settle. Sudahlah sebar fitnah yang saya bawa lari duit anda,” jelasnya.

Pada masa sama, penyanyi berkenaan turut mendedahkan nama dan gambar bekas PA nya itu.

“Dan untuk sahabat saya yang saya percaya MOHD HAZEEQ @ Kojek, terima kasih banyak sebab mengkhianati aku,” tulisnya lagi.

Beberapa jam kemudian, MK sekali lagi menerusi Instagramnya memohon maaf kerana melibatkan banyak pihak dan akan menyelesaikan masalah tersebut bersama Kojek.

Semoga semuanya dapat diselesaikan dengan cara baik. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas