Selebriti

“Terima Kasih Doakan AISHA” – FASHA SANDHA

|Semoga Aisha membesar dengan sihat dan menjadi anak solehah. Amin...
- Diterbit 8 Ogos 2020 6:07 AM MYT

PASANGAN selebriti popular  Fasha Sandha dan Aidil Aziz  telah memilih nama Aisha untuk anak perempuan mereka yang selamat dilahirkan, semalam (7 Ogos 2020). 

Fasha berkongsi detik bahagianya melahirkan Aisha menerusi Instagramnya. 

“Assalamualaikum dunia, hari ini hari pertama Aisha ke dunia. Terima kasih kerana mendoakan yang baik-baik buat Aisha, ibu dan keluarga.

“Terima kasih team Dato Doktor Rafi dari UMRA Medical Centre yang menjaga Aisha dan ibu dengan baik. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih semua,” tulisnya. 

Semoga Aisha membesar dengan sihat dan menjadi anak solehah. Amin…

Sebelum itu, Aidil juga berkongsi rasa terujanya di instagram kerana buat pertama kali menjadi ayah selepas selamat Fasha selamat melahirkan Aisha.

“Alhamdulilah, ‘Baby A’ selamat dilahirkan. Syukur, ya Allah. Alhamdulillah di atas rezeki ini.

“Terima kasih isteriku. Saya akan bercuti selama sebulan untuk jaga dan teman awak berpantang,” katanya yang mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan isteri dan anaknya. 

Aidil dan Fasha bernikah pada 30 Mac tahun lalu. 

Menerusi perkahwinan pertama Fasha bersama bekas suami iaitu Jejai, dia  mempunyai dua orang anak iaitu Putra Rayfal Ramli, 7, dan Putri Raysha Jemyma, 6. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas