Berita

Tentera Azerbaijan masuki wilayah Kalbajar selepas 27 tahun

Armoured vehicles of Russian peacekeepers move along the road towards Agdam from their check point outside Askeran on November 20, 2020. - Azerbaijan said on November 20, 2020 its troops had entered a district bordering Nagorno-Karabakh handed back by Armenian separatists after almost 30 years as part of a Russian-brokered peace deal to end weeks of fighting in the region. (Photo by Karen MINASYAN / AFP)
- Diterbit 25 November 2020 4:00 AM MYT

TENTERA Azerbaijan memasuki wilayah Kalbajar selepas 27 tahun dicerobohi Armenia, lapor Agensi Anadolu, memetik Menteri Pertahanan negara pada Rabu.

“Menurut kenyatan bersama tiga pihak yang ditandatangani oleh Presiden Republik Azerbaijan, Persekutuan Rusia dan Perdana Menteri Republik Armenia, unit Tentera Azerbaijan memasuki wilayah Kalbajar pada 25 November,” kata kementerian itu.

Hubungan antara dua bekas negara republik Soviet, Azerbaijan dan Armenia tegang sejak 1991, apabila tentera Armenia mencerobohi Nagorno-Karabakh, sebuah wilayah yang diakui sebagai sebahagian dari Azerbaijan, dan tujuh wilayah di sekitarnya.

Pertembungan baharu tercetus pada 27 Sep, apabila tentera Armenia melancarkan serangan ke atas orang awam dan tentera Azerbaijan dan melanggar perjanjian gencatan senjata.

Sepanjang 44 hari konflik berlangsung, Azerbaijan berjaya membebaskan beberapa bandar dan hampir 300 penempatan dan perkampungan daripada pencerobohan Armenia.

Pada 10 Nov, kedua-dua negara menandatangani perjanjian dengan Rusia sebagai orang tengah untuk menamatkan peperangan dan bersama-sama mencari jalan penyelesaian yang komprehensif.

Ia membawa kepada pengunduran tentera bersenjata Armenia seperti yang dipersetujui perjanijian tersebut. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas