Selebriti

Tengok konsert TokTi di London? Tak, tengok konsert bersama TokTi

Hasdiana dan Zafrol ketika mengikuti persembahan Adele di London semalam.
- Diterbit 4 Julai 2022 2:45 AM MYT

BUKAN hadiri konsert Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, tapi bersama beliau menyaksikan penyanyi, Adele di festival muzik British Summer Time Hyde Park, hari ini.

TOKTI berswafoto bersama Azizan, Hasdiana dan Zafrol ketika mengikuti persembahan Adele di London semalam.

Penyanyi tersohor negara itu berkongsikan pengalamannya bersama mentornya, Datuk Wira Dr Azizan Osman dan isteri, Datin Wira Hasdiana Ahmad serta Pengerusi Eksekutif RichWorks, Datuk Zafrol Rizal Mat menyaksikan nyanyian hebat, Adele.

“Tengok konsert bersama Doc (Azizan). Tengok konsert Siti Nurhaliza? Tak, tengok konsert bersama Siti Nurhaliza.

“Terima kasih Doc sebab beri pengalaman yang best sangat. Terima kasih Datuk J, Datin Wira, seronok sangat alhamdulillah thank you,” ujarnya lagi yang dimuat naik dalam stories Instagram @ctdk dan Azizan Osman Official.

https://www.instagram.com/reel/Cfi48IbJkGb/?igshid=YmMyMTA2M2Y=

Pada 14 Jun lalu, TokTi secara rasminya anak didik Azizan selepas menjadi Titan Premier – Partner (TPP) pertama dalam program permentoran terbaharu RichWorks.

Penyertaan beliau bagi mendapatkan ilmu, strategi dan panduan yang betul serta berkesan dalam membawa jenama SimplySiti ke peringkat lebih tinggi.

Dalam pada itu, TokTi juga sempat bersama-sama menaiki beca di kota London selepas menyaksikan konsert berkenaan.

“Kita naik beca, ingat dekat Melaka saja ada beca, di London pun ada,” jelasnya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas