Berita

Tempoh daftar lahir, mati dilanjutkan 90 hari

- Diterbit 19 April 2020 10:19 AM MYT

PUTRAJAYA – Tempoh pendaftaran kelahiran dan kematian di negara ini dilanjutkan sehingga 90 hari selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu diputuskan Kementerian Dalam Negeri susulan penguatkuasaan PKP  dalam mengekang penularan Covid-19.

“Penalti (lambat mendaftar kelahiran dan kematian) yang dikenakan juga dimansuhkan,” katanya dalam sidang akhbar harian di sini hari ini.

Pemohonan pendaftaran kelahiran biasa sebelum ini hendaklah didaftarkan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kelahiran kanak-kanak tersebut.

Pendaftaran kematian kebiasaannya dilakukan dalam tempoh tujuh hari.

Dalam perkembangan berlainan, Ismail Sabri menjelaskan, mereka yang kehilangan kad pengenalan dan memerlukannya dalam kadar segera untuk kegunaan seperti pengesahan bagi Bantuan Prihatin Nasional (BPN) boleh menghubungi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di daerah masing-masing bagi menggantikan kad tersebut.

“Mereka perlu buat temu janji kalau timbul kes kecemasan. Sebaliknya, sekiranya tiada kecemasan boleh tunggu sehingga 90 hari selepas PKP ditamatkan.

“Selain itu, kelonggaran juga diberikan kepada warga kita di luar negara untuk berdaftar di kedutaan Malaysia bermula 90 hari daripada kawalan pergerakan di negara mereka berada, ” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas