Berita

Tebus Deepavali Snack Jar di Suria KLCC

|
- Diterbit 5 November 2020 8:35 AM MYT

BAGI menyemarakkan semangat Deepavali yang disambut dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Kumpulan Suria KLCC akan menampilkan dekorasi ‘kolam’ unik sejajar simbolik perayaan iaitu ‘kemenangan cahaya mengatasi kegelapan’.

Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Andrew Brien berkata, suasana Deepavali yang meriah dapat dirasakan dengan hiasan kolam yang indah di pintu-pintu masuk utama Suria KLCC di samping ucapan perayaan di skrin digital seluruh pusat beli-belah.

Ujarnya, sambutan perayaan turut dimeriahkan dengan hiasan berwarna-warni yang dipamerkan di Center Court, Ampang dan Ramlee Mall.

“Pada sambutan Deepavali yang bakal kunjung ini, pembeli juga akan menerima pelbagai ganjaran menarik. Bagi penggunjung yang berbelanja RM400 atau lebih dengan rekod dua resit di mana-mana kedai terpilih dari 6 hingga 15 November, mereka layak menebus ‘Deepavali Snack Jar’.

“Ia terhad kepada satu penukaran untuk setiap pembeli pada setiap hari (sementara stok masih ada). Pembeli yang berkunjung ke Suria KLCC pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad dalam tempoh sambutan kali ini berpeluang untuk dipilih secara rawak bagi menerima sepasang sarung bantal esklusif,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, bagi pengunjung Alamanda pula, mereka yang membelanjakan sekurang-kurangnya RM300 dalam tidak lebih dari tiga resit melalui pembelian di mana-mana kedai terpilih berpeluang menebus set lilin wangi dari Body Shop dan dua tisu pembersih.

Ujarnya, mereka yang berkunjung pada hari bekerja (Isnin hingga Khamis, tidak termasuk cuti umum) juga akan menerima baucar tunai F&B tambahan bernilai RM5 bersama set lilin wangi (sementara stok masih ada).

Lebih menarik, katanya, pembeli yang membuat penebusan semasa tempoh keberlangsungan kempen Deepavali masih layak untuk mengambil bahagian dalam kempen Jom Masyukk dan berpeluang memenangi pelbagai hadiah seperti jongkong emas, rantai dan gelang emas yang akan berakhir pada 12 November ini.

“Tidak lupa, Mesra Mall di Terengganu juga akan menampilkan hiasan Deepavali sejajar dengan konsep meraikan keharmonian masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa,” katanya.

Tambanya, untuk maklumat lanjut, sila layari www.suriaklcc.com.my atau www.facebook.com/SuriaKLCCMall atau www.alamanda.com.my atau www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre atau www.mesramall.com dan www.facebook.com/MyMesraMall. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas