Berita

Tayangan dokumentari Penang Free School kutip dana biasiswa

TUANKU Syed Sirajuddin (duduk, tengah) berkenan bergambar bersama ahli OFAKLS selepas tayangan dokumentari mengenai PFS di Petaling Jaya baru-baru ini.
TUANKU Syed Sirajuddin (duduk, tengah) berkenan bergambar bersama ahli OFAKLS selepas tayangan dokumentari mengenai PFS di Petaling Jaya baru-baru ini.
- Diterbit 26 Julai 2019 1:00 AM MYT

AMAL. Persatuan Bekas Pelajar Penang Free School Kuala Lumpur dan Selangor (OFAKLS) menayangkan dokumentari yang diterbitkan khas bersempena alma mater me­reka, Pe­nang Free School (PFS) yang telah berusia lebih 200 tahun di GSC One Utama, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Dokumentari bertajuk The School That Built A Nation – The 200 Year Legacy itu menjejak legasi kerja Paderi Hutchings menubuhkan sekolah di Pulau Pinang yang bebas daripada pengaruh agama dan ideologi dan terbuka untuk semua tanpa mengira kaum dan agama. Ia turut merakamkan perjalanan darat sekumpulan Old Frees (bekas pelajar PFS) dari Kuala Lumpur ke Dittisham, England tempat kelahiran Paderi Hutchings dan perjumpaan mereka dengan waris-waris bekas guru besar tersebut.

Tayangan dokumentari terbitan Pengerusi syarikat Escalade Sdn. Bhd., Datuk Mahyidin Mustakim yang juga Presiden OFAKLS itu diadakan untuk mengutip dana tabung biasiswa pelajar sekolah.

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail yang merupakan Penaung Diraja OFAKLS turut berkenan berangkat ke majlis tayangan tersebut.

PFS telah melahirkan ramai tokoh antaranya Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj; bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Elyas Omar; seniman Tan Sri P. Ramlee dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas