Berita

Taufan Haishen dijangka melanda Korea Utara pada Isnin

FILE PHOTO: High waves triggered by Typhoon Haishen crash against the coast of Amami Oshima island, Kagoshima prefecture, Japan September 5, 2020. Kyodo via REUTERS
- Diterbit 7 September 2020 3:14 AM MYT

HUJAN lebat dan angin kencang dijangka melanda Korea Utara apabila Taufan Haishen menghampiri kawasan pantai timur negara ini, lapor agensi berita Yonhap.

Agensi cuaca negara itu meramalkan taufan kesepuluh musim ini akan membadai kawasan perairan di wilayah utara Kangwon kira-kira 6 petang dan kawasan pesisir Sinpo sekitar 9 malam sebelum bergerak ke wilayah selatan Hamgyong dan menuju ke China, menurut pusat penyiaran stesen televisyen Korea Utara pada Isnin.

Taufan Haishen mempunyai kekuatan lebih kurang sama dengan Taufan Maysak yang membadai pada minggu lalu, angin kencang dan gelombang ombak dijangka berlaku di pantai timur negara itu, dengan kekuatan angin mencecah sehingga 35 meter sesaat.

Amaran taufan dikeluarkan berikutan hujan lebat dijangka melanda beberapa kawasan di wilayah Kangwon dan utara Hamgyong menerima curahan hujan hingga 300 hingga 400 milimeter.

Haishen taufan ketiga melanda Korea Utara, sebelum ini Taufan Bavi membadai wilayah Hwanghae terletak di barat daya negara itu pada akhir Ogos sebelum menyusul Maysak yang melanda wilayah timur Hamkyong dan Kangwon minggu lalu.

Pemimpin Kim Jong-un turut dilaporkan meluangkan masa mengunjungi kawasan terjejas. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas