Berita

Tangguh yuran IPT akan dibincang

BANGUNAN Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Gombak. Gambar hiasan
- Diterbit 4 April 2020 9:10 AM MYT

PUTRAJAYA – Cadangan penangguhan atau pengurangan yuran pengajian di Universiti Awam (UA) dan institusi pengajian tinggi swasta akan dibawa kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) .

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu baharu sahaja dimaklumkan dan ia akan dibangkitkan untuk tindakan sewajarnya.

“Insya-Allah, cadangan itu akan dibawa kepada KPT,” katanya dalam sidang akhbar harian di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas rintihan ibu bapa meminta pengurangan dan penangguhan bayaran pengajian berikutan terdapat kelas pengajian yang ditutup selama sebulan.

Dalam isu berlainan, Ismail Sabri menjelaskan, kerajaan akan memberikan jaminan kebajikan para pelajar yang menjalani tempoh PKP di kolej atau kampus.

“Kita pastikan tiada isu besar berkaitan anak mereka dengan semuanya ditanggung kerajaan dengan kebajikannya jangan diragui.

“Jadi, ibu bapa jangan gundah-gulana dan serahkan kepada KPT,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas