Berita

“Tangan dah tiada. Insya Allah nanti akhirat semuanya sempurna” – Ustaz Ebit Lew

|SEMOGA segala urusan lelaki yang menjadi mangsa langgar lari ini dipermudahkan. Amin..
- Diterbit 24 Disember 2020 12:07 PM MYT

TIADA kata yang mampu dilafazkan oleh lelaki warga emas berumur 55 tahun yang menjalani pembedahan potong tangan apabila dikunjungi oleh pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew.

Lelaki itu yang juga pekerja selia selenggara jalan mengalami kecederaan parah setelah lori dinaikinya bersama dua pekerja lain dirempuh lori lain di Lebuh Raya  Pasir Gudang. 

“Sayu sebak selepas ceramah di Maktab PDRM Muar terus ke Hospital Sultan Ismail di Johor Bahru, ziarah pakcik kerja penyelenggara jalan yang dilanggar di Lebuhraya Pasir Gudang. Tangan kanannya di potong. Ziarah beri semangat dan sedikit sumbangan.

“Pakcik ni menangis tadi. Katanya, terasa macam ada tangan lagi. Rasa macam nak gerakkan jari. Pakar minta abang ni selalu usap tangan tu, dan cakap tangan dah tiada. Allah ambil. Insya Allah nanti Akhirat semuanya sempurna.

SEMOGA segala urusan lelaki yang menjadi mangsa langgar lari ini dipermudahkan. Amin..

“Pakcik ni tanya macam mana nak bawa kereta nak hantar isteri kerja. Isteri tak boleh bawa kereta. Biasa hari-hari ambil hantar isteri dan anak.

“Kami berdoa bersama. Masa beri sedikit sumbangan, abang ni menangis katanya kenapa banyak sangat ustaz. Ya Allah. Pakcik tadi doakan saya. Semoga Allah beri kekuatan pada abang,isteri dan anak-anak. 

“Terima kasih YDH SAC Komandan Sulaiman.  Terharu ACP Rubiah dan anggota Polis Johor yang bersama-sama tadi dan jamu kami makan tengah hari. 

“Terima kasih Pegawai Hospital dan semua kakitangan hospital yang bersama kami. Baik-baik orang Johor,” luah Ustaz Ebit Lew menerusi instagramnya.

Segala pengorbanan Ustaz Ebit Lew hanya Allah yang mampu membalasnya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas