Berita

Tan Sri Lim Kok Wing meninggal dunia

- Diterbit 1 Jun 2021 6:00 AM MYT

USAHAWAN bidang pendidikan, Tan Sri Lim Kok Wing, 75 meninggal dunia pagi ini, lapor portal FMT yang memetik kenyataan pembantu beliau.

Minggu lepas beliau dimasukkan ke hospital kerana komplikasi kesihatan.

Penyebab sebenar kematiannya masih menjadi spekulasi, walaupun kenyataan rasmi universiti Limkokwing pada 25 Mei mengatakan Lim jatuh di rumah.

Kenyataan itu dikeluarkan berikutan desas-desus mengatakan beliau dimasukkan ke hospital akibat Covid-19.

Beliau mengusahakan Universiti Limkokwing yang merupakan IPTS terkemuka yang mempunyai cawangan di Eropah dan Afrika. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas