Berita

Tamu Bukit Kuda jana ekonomi penduduk

KRAF TANGAN penduduk turut dijual di Tamu Bukit Kuda.
- Diterbit 2 Disember 2019 3:53 AM MYT

LABUAN – Usaha warga kampung mewujudkan Tamu Bukit Kuda di persimpangan balai raya Kampung Bukit Kuda di sini, kian ber­baloi apabila pasar pagi itu semakin mendapat perhatian dan menjadi destinasi kunju­ngan warga setempat.

Tamu atau lebih dikenali sebagai pasar sehari, diadakan pada hari Sabtu pertama dan ketiga setiap bulan bagi membolehkan warga Labuan membeli barang-barang keperluan harian, hasil pertanian serta hasil kerja tangan orang kampung.

Pengerusi Pengurusan Ekonomi dan Keusahawanan, MPKK Kampung Bukit Kuda, Abdul Rahim Suailin berkata, tamu diadakan bagi membantu menambah pendapatan warga kampung.

“Selain itu, ia memberi ruang kepada penduduk setempat untuk memasarkan hasil pertanian serta kerja tangan mereka se­perti kuih-muih, sayur-sayuran dan kraftangan,” katanya yang turut berniaga buah-buahan di tamu tersebut.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas