Berita

Taman Tasik Titiwangsa boleh dikunjungi Ahad ini

HIGH Fountain Jet yang diaktifkan di tengah-tengah Tasik Titiwangsa akan menjadi tarikan utama pengunjung.
- Diterbit 12 Disember 2019 7:07 AM MYT

KUALA LUMPUR – Taman Tasik Titiwangsa di sini yang bakal dibuka pada 15 Disember ini pasti ditunggu-tunggu warga kota.

Menurut Penolong Penga­rah Kanan (Arkitek) Jabatan Pelaksanaan Projek dan Penyelenggaraan Bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Noor Fazlina Rosley, taman rekreasi itu akan dibuka bermula 6 pagi hingga 10 malam setiap hari.

“Perasmian taman ini mung­kin akan dilaksanakan pada tahun 2020, orang awam pastinya tidak sabar untuk menggunakan taman ini.

“Oleh itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan telah membuat keputusan untuk membukanya lebih awal memandangkan sekarang adalah musim cuti sekolah,” katanya kepada Wilayahku baru-baru ini.

Kata Noor Fazlina, tumpuan utama di taman berkenaan adalah ‘High Fountain Jet’ yang mempunyai keupayaan pancutan air setinggi 100 meter.

High Fountain Jet ini dikatakan bertaraf antarabangsa kerana pancutan air mampu naik setinggi 300 kaki atau 100 meter yang bersamaan dengan 30 tingkat bangunan,” katanya.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas