Berita

Talian Bantuan Prihatin Rakyat kembali beroperasi

- Diterbit 20 Januari 2021 3:20 AM MYT

TALIAN hotline Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 1800-88-2747 kembali beroperasi mulai hari ini setelah ditutup sementara sejak Isnin lepas.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam kenyataan hari ini berkata talian berkenaan beroperasi setiap Isnin hingga Jumaat bermula 9 pagi hingga 5 petang.

Sebagai alternatif bagi mendapatkan penjelasan berkenaan BPR selain menghubungi talian berkenaan, orang ramai turut boleh merujuk soalan lazim (FAQ) berkaitan dari portal rasmi https://bpr.hasil.gov.my/.

Pendaftaran BPR dibuka pada 15 Jan lepas hingga 15 Feb ini dan dijangka memanfaatkan 8.1 juta penerima membabitkan peruntukan RM6.5 bilion. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas