Berita

Talian Bantuan Prihatin Rakyat ditutup sementara

- Diterbit 18 Januari 2021 5:05 AM MYT

TALIAN Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 1800-88-2747 ditutup sementara mulai hari ini hingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Menurut kenyataan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini, buat masa ini pelanggan yang mempunyai pertanyaan lanjut dan masalah berkaitan permohonan BPR boleh menghubungi cawangan atau pusat khidmat hasil (PKH) yang berdekatan.

Pelanggan juga boleh merujuk soalan lazim (FAQ) BPR di portal BPR di https://bpr.hasil.gov.my/ untuk penjelasan terperinci berkaitan urusan pendaftaran MyBPR, permohonan baharu dan kemas kini maklumat BPR. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas