Berita

“Tak mungkin saya lupakan sampai bila-bila” – Azharina

- Diterbit 26 April 2021 3:00 AM MYT

PENYANYI yang popular dengan lagu Elegi Sepi, Azharina Azhar,36, tidak dapat melupakan kenangan bersahur makan ikan goreng Bawal Putih masakan arwah ibu dan neneknya.
Ketika itu, Azharina dan keluarga menetap di Keningau, Sabah.

“Saya tak boleh lupa pengalaman berpuasa dibersama arwah nenek dan atuk ketika zaman kanak-kanak dulu.
“Bila tiba waktu sahur, nenek tak pernah lupa untuk masak ikan bawal putih yang menjadi kegemaran saya. Orang Sabah panggil ikan Duai goreng.

“Bukan itu sahaja, saya juga selalu ikut arwah mak ke pasar naik kereta sapu. Ketika itu belum ada grab car.

“Seperti biasa, mak belikan ikan Duai kegemaran saya. Rumah kami tak ada peti, jadi ikan yang dibeli kami tumpang simpan di rumah makcik saudara yang mempunyai peti sejuk.

“Sampai masa nak masak, mak akan pergi ambil ikan itu dan masakan untuk saya makan sahur. Itu cara ibu nak galakkan saya berpuasa.

“Itulah kenangan yang tak mungkin saya dapat lupakan sampai bila-bila. Kenangan yang tak mungkin kembali lagi, tetapi tetap tersimpan kukuh dalam ingatan saya.

“Sekarang hanya doa yang mengiringi mereka. Semoga tenang di sana,” luah Azharina yang sentiasa mendoakan insan-insan kesayangannya.

Tentang kerjaya, Azharina akan muncul dengan lagu baharu kolaborasi bersama sebuah kumpulan popular. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas