Selebriti

Yonnyboii menang Album Terbaik AIM23, bawa pulang RM 200,000

YONNYBOII mengungguli kategori Album Terbaik menerusi album Yonny (Deluxe Version).
- Diterbit 11 September 2022 5:50 PM MYT

ANUGERAH Industri Muzik (AIM) Ke-23 memberi kemenangan besar buat artis hip hop, Yonnyboii apabila mengungguli kategori Album Terbaik menerusi album Yonny (Deluxe Version) yang disiarkan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) malam tadi.

YONNYBOII mengungguli kategori Album Terbaik menerusi album Yonny (Deluxe Version).

Kemenangan itu melayakkan Yonnyboii membawa pulang Dana Kandungan Digital (DKD) Muzik bernilai RM200,000 daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) sebagai insentif kepada penggiat industri kreatif.

TAN Su Loke penerima Anugerah Wirama AIM23.

Bukan itu sahaja, AIM 23 juga mengiktiraf penasihat syarikat rakaman SRC, Tan Su Loke sebagai penerima Anugerah Wirama atas sumbangannya kepada industri muzik.

Tan Su Loke adalah insan penting di sebalik kejayaan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Anugerah Wirama AIM disampaikan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa disaksikan Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Rosmin Hashim.

PALING mega! Persembahan hebat Siti Nurhaliza dan Liza Hanim.

Senarai pemenang Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM23)

Artis Baru Terbaik:
Vanessa Reynauld

Persembahan Vokal Terbaik di
Dalam Lagu (Lelaki) :
Arddley Nicholas (Lagu: Pilu)

Persembahan Vokal Terbaik
Di Dalam Lagu (Wanita)
Ernie Zakri (Lagu: Sinar Mata Hati)

Persembahan Vokal Terbaik
Di Dalam Lagu (Berkumpulan):
V.E (Lagu: Tunggu)

Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik
Di Dalam Lagu:
Shila Amzah and Liza Hanim (Lagu: Bahagiakan Dia)

Video Muzik Terbaik: Gatal
Pengarah: Chuan Looi
Artis: Janna Nick

Runut Bunyi (OST) Terbaik Di Dalam
Filem atau Drama:
Bahagiakan Dia
Penyanyi: Shila Amzah & Liza Hanim
Komposer & Penulis Lirik:
Aliff Iskandar & Que Afiq

Lagu Rock Terbaik:
Tugu Ugut
Penyanyi: Sekumpulan Orang Gila
Komposer: Nazrin
Penulis Lirik: Ajim Juxta

Lagu Pop Terbaik:
Goodbye Hello
Penyanyi: Syamel and Ernie Zakri
Komposer & Penulis Lirik:
Ernie Zakri, Syamel, Faizal Tahir, Mike Chan

Lagu R&B/Hip Hop Terbaik:
CIAO
Penyanyi: Flizzow
Komposer: Joe Flizzow, MK, Jay Park, Magic Potions
Penulis Lirik: Joe Flizzow, Jay Park

Lagu Pop Elektronik atau Dance Terbaik:
Fun, Lust, Love
Penyanyi: Late Night Frequency
Komposer & Penulis Lirik: Moja LNF

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik:
Game of Charades
Penyanyi: Sophia Zuhri
Komposer & Penulis Lirik: Sophia Zuhri

 

Lagu Cina Tempatan Terbaik:
Wu Ren Qian Shou De Xin Fu
Penyanyi: Uriah
Komposer: Uriah, Jia Wang
Penulis Lirik: Hong Jian Rui

Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang
Dipersembahkan Oleh
Artis Luar Negara:
Tak Ingin Usai
Penyanyi: Keisya Levronka
Komposer & Penulis Lirik: Mario G. Klau

Lagu Nasyid Terbaik:
Thank You Allah
Penyanyi: Alyah ft. Cat Farish & Ustaz Haris
Komposer: Alyah, Ikhwan Fatanna, Omar K
Penulis Lirik: Alyah, Ikhwan Fatanna, Omar K, Cat Farish, Ustaz Haris

Lagu Pop Etnik Terbaik:
Adat Kasih
Penyanyi: Ziha Salleh
Komposer: Aubrey Suwito
Penulis Lirik: Tinta

Album Terbaik
Album: Yonny (Deluxe Version)
Penerbit: Wolfy
Artis: Yonnyboii

Lagu Terbaik:
Goodbye Hello
Penyanyi: Syamel and Ernie Zakri
Komposer & Penulis Lirik:
Ernie Zakri, Syamel, Faizal Tahir, Mike Chan

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas