Berita

Viral di TikTok… Jutawan muda pengsan di majlis pelancaran Activ White

|ANTARA komen netizen berkenaan insiden Iddin Shah pengsan disebabkan tidal cukup rehat.||||
- Diterbit 28 Disember 2021 10:45 PM MYT

KECOH dan viral di media sosial TikTok apabila usahawan muda, Muhammad Iddin Syah Mohd Fuzi, 27, pengsan di atas pentas ketika berucap di sebuah acara.

Video Iddin menjadi bualan ramai apabila seorang pengguna TikTok bernama @mummy_myra yang merakam tragedi terbabit meraih pelbagai reaksi warganet.

Video itu meraih lebih 1.1 juta tontonan di TikTok.

Apa yang kurang enak didengar apabila terdapat netizen yang mendakwa Iddin yang juga pengasas produk kecantikan ESW itu hanya berpura-pura pengsan semata-mata mahu jadikannya sebagai content dalam media sosial.

Malah, ada juga yang bersifat keterlaluan dan menuduh Iddin tidak sensitif kerana membuat gimik ketika negara berhadapan dengan krisis banjir.

Menganggap tuduhan-tuduhan tersebut agak keterlaluan, menerusi instagram Iddin menafikan segala tuduhan yang tidak berasas terhadap dirinya.

“Saya jarang menghabiskan masa membaca berita atau komen negatif, lebih-lebih lagi pada waktu macam ni sebab untuk berjaya, kita kena positif dan spread positivity.

“Tapi hari ni membuatkan saya tersentak apabila ramai staf dan anak team saya, share screenshot komen netizen yang mengecam insiden saya tumbang ketika membuat ucapan penutup di acara ESW Grand Nomination dan Pelancaran Activ White baru-baru ini.

“Cara netizen fikir ni kadang-kadang tak masuk akal. Untuk apa saya buat-buat jatuh demi content marketing? Ingat bahu saya ni ada insurans ke boleh dapat pampasan berjuta kalau terjadi apa-apa? Yes, walaupun saya memang ambil insurans nyawa.

“Dalam hidup anda, takkan tak pernah rasa penat tahap lemau? Ke tak pernah? Oh lupa, orang yang tak pernah penat ni cara hidup mereka mungkin pi kerja pagi, petang tak dan pukul 5 petang dah cabut lari!

“Dekat tempat kerja curi tulang tidur dekat desk atau surau agaknya! Manalah depa nak faham kehidupan usahawan seperti saya mahupun usahawan berjaya yang lain, yang mempunyai belasan ribu ejen dan stokis,” tulisnya yang sekaligus menafikan dakwaan-dakwaan netizen yang tidak berasas.

Viral di media sosial. Ini antara komen netizen berkenaan insiden Iddin Syah pengsan disebabkan tidal cukup rehat.

Iddin juga menjawab dakwaan netizen mengatakan dia tidak sensitif dengan mengadakan gimik ketika negara sedang berhadapan dengan bencana banjir.

“Ini bukan tanggungjawab macam ikan bilis. Mana nak jaga perniagaan, team yang ramai, isteri, anak, keluarga dan kerja-kerja CSR lagi?

“Ada juga netizen kutuk cakap saya tak sensitif buat gimik waktu orang tengah susah hadapi banjir.

“Pertama, ini bukan gimik. Kedua, kalau anda follow saya, anda tahu apa yang saya dan team ESW dah buat utk bantu mangsa.

“Saya pernah post apa yang kami bantu serba sedikit. Tak perlu saya nak bentang resit beli barang tepek di Instagram nak puaskan hati semua. At the end of the day saya juga manusia biasa. Sejauh mana saya push diri saya, pasti akan ada satu saat saya merasa penat.

“Jadi daripada jadi netizen yang kerjanya mengecam saja, eloklah jadi netizen yang berminda positif. Kepada yang meninggalkan komen positif, terima kasih banyak-banyak atas kata-kata semangat kalian,” tulisnya lagi.

Iddin Syah menafikan tuduhan dirinya sengaja pengsan kerana gimik.

Menurut Iddin menerusi hantaran sebelum ini, kondisi badannya agak penat kerana tidak cukup rehat.

“Jadual terlalu pack dengan meeting back to back, preparation untuk seminar membabitkan 360 ejen dan stokis termasuk penganjuran majlis ESW Grand Nomination Award dan pelancaran produk terbaru, Activ White.

“Sampai di Kuala Lumpur dua minggu sudah, kita dikejutkan pula dengan tragedi banjir kilat yang meragut nyawa dan kemusnahan teruk bagi sesetengah tempat.

“Sebagai rakyat yang prihatin, team ESW turut sama membanting tulang memberi bantuan kepada mangsa banjir di Shah Alam dan Hulu Langat,” jelasnya.
Video sama turut di kongsikan di laman Twitter dan meraih lebih 90,000 tontonan.

Semoga usaha kuat serta sifat murah hati Iddin menjadi inspirasi buat semua usahawan di luar sana. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas