Berita

UPUS cadang tubuh kesatuan gabungan bela nasib pekerja kurier

- Diterbit 8 Februari 2021 11:21 AM MYT

KESATUAN Pekerja-Pekerja Pakaian Seragam Pos Malaysia Berhad Semenanjung Malaysia (UPUS) berhasrat menubuhkan satu kesatuan gabungan bagi membela nasib pekerja yang menjalankan tugas serahan seperti kurier.

Presidennya Ismail Ali berkata terdapat lebih kurang 109 syarikat kurier yang berdaftar di negara ini dan kebanyakannya tidak mempunyai kesatuan sekerja yang boleh membela nasib mereka.

“Sesuai di bawah Seksyen 10 Akta Kesatuan Sekerja, UPUS akan menjadi penganjur bagi mewakili pekerja-pekerja di sektor perkhidmatan penghantaran (pos dan kurier) untuk mewujudkan kesatuan sekerja di tempat kerja masing-masing.

“Diharapkan semua majikan dapat menyambut dan menyokong hasrat UPUS bagi membantu pekerja ini untuk mendapatkan keadilan hak asasi manusia,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas