Berita

Saringan COVID-19 secara percuma di Pasar Sentral Labuan

PENIAGA Pasar Sentral Labuan menunggu giliran untuk saringan swab test.
- Diterbit 16 Disember 2020 5:56 AM MYT

JABATAN Kesihatan Labuan mengadakan saringan sampel ujian COVID-19 secara percuma kepada peniaga-peniaga Pasar Sentral, hari ini.

Saringan itu dibuat kepada peniaga-peniaga bahagian aras bawah yang melibatkan penjual bahan mentah basah dan barangan kering susulan terdapat beberapa kes positif COVID-19 di pasar berkenaan.

Timbalan Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Sentral, Asmadi Ahmad berkata, setakat ini hampir lima puluh peratus peniaga di Pasar Sentral telah membuat saringan.

“Kami ucapkan terima kasih kepada pihak Jabatan Kesihatan Labuan kerana menyediakan saringan secara percuma kepada peniaga di sini.

“Kita harap semua peniaga Pasar Sentral dapat hadir untuk menjalani saringan COVID-19 (swab test) sekali gus memastikan penularan pandemik ini dapat dikekang,” katanya ketika ditemui Wilayahku.

Terdahulu, aras bawah Pasar Sentral ditutup pada 10 Disember yang mana penutupannya dilanjutkan sehingga hari ini.

Walaubagaimanapun, operasi aktiviti perniagaan di aras 1 dan 2 masih berjalan seperti biasa. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas