Berita

RM10,000 boleh habis sekelip mata

- Diterbit 13 Februari 2021 6:56 AM MYT

“KALAU tak ada perancangan untuk membeli barang, bawa duit RM10,000 ke pasaraya pun boleh habis sekelip mata,” ujar Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang bertindak memansuhkan syarat pengeluaran i-Sinar bagi membantu ahli-ahlinya mengharungi cabaran semasa COVID-19.

Jelas beliau, perancangan amatlah penting agar wang yang keluar tersebut dapat digunakan sebaik mungkin dan tiada istilah pembaziran.

“Kita rancang dulu k emudian tulis apa yang kita mahu beli sebab bila ada duit orang mudah lupa diri dalam berbelanja,” katanya lagi.

Beliau turut menasihati orang ramai agar lebih berhati-hati dengan sindiket penipuan yang berleluasa dan mengambil kesempatan di saat ini.

“Tengok betul-betul setiap kali ingin berbelanja, jangan sampai kita terpisah dengan duit sendiri disebabkan agenda atau tipu helah orang yang ingin menjual barang dan sebagainya,” ujarnya kepada Wilayahku.

Terdahulu, pengeluaran i-Sinar terbuka kepada ahli-ahli KWSP yang terjejas pendapatan namun tertakluk kepada syaratsyarat tertentu.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas