Berita

Pusat Rekreasi Air Putrajaya dibuka semula, promosi hingga 50 peratus

ANTARA aktiviti menarik yang ditawarkan.
- Diterbit 3 Februari 2023 6:00 AM MYT

AKTIVITI AIR. Pusat Rekreasi Air Putrajaya dibuka semula dengan wajah baharu secara rasmi pada 4 Februari ini.

Bersempena dengan pembukaan semula ini, pihak Pusat Rekreasi Air Putrajaya menawarkan promosi diskaun sebanyak 50 peratus untuk semua aktiviti bermula 3 hingga 5 Februari ini.

“Harga aktiviti bermula dari RM5 sahaja. Antara aktiviti menarik yang boleh dijalankan di pusat rekreasi ini adalah bersantai bersama keluarga dengan memancing, berkayak, berkanu, water ball, bot kayuh, Hari Keluarga, BBQ di BBQ Shelter, team building dan banyak lagi.

“Semua pengunjung yang melakukan aktiviti pada 4 Februari berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah berupa keahlian percuma selama satu tahun untuk seisi keluarga (unlimited entry) dan juga hadiah-hadiah lain,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Ayuh ramai-ramai memeriahkan lagi pembukaan semula Pusat Rekreasi Air Putrajaya. Untuk pertanyaan lanjut, orang ramai boleh hubungi di talian 013-262 8857 atau layari laman web https://www. lakerecreationcenter.com. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas