Berita

PUBG Mobile sediakan platform cungkil bakat profesional e-sukan

Sunway Velocity dan Sunway Pyramid.|SEMPENA sambutan tahun baharu 2022
- Diterbit 6 Januari 2022 8:00 AM MYT

SEJAK kebelakangan ini sukan elektronik atau e-sukan semakin popular. Tidak lagi dianggap remeh, e-sukan diiktiraf sehingga ke peringkat antarabangsa seperti mana sukan-sukan lain dan mampu mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.

Kerajaan yang memandang serius sektor e-sukan apabila memperuntukkan bajet sebanyak RM20 juta dalam Bajet 2022 untuk memperkasakan perkembangan atlet e-sukan tempatan.

Menyahut seruan tersebut PUBG Mobile Esport Malaysia menganjurkan pertandingan dan pelbagai aktiviti e-sukan bertujuan melahirkan pasukan dan pemain bertaraf profesional yang berpeluang bersaing di peringkat antarabangsa.

PUBG Mobile juga telah meraikan tahun baharu 2022 bersama peminat di tiga pusat beli-belah terkemuka iaitu IOI Puchong, Sunway Velocity dan Sunway Pyramid.

PUBG Mobile menyediakan platform untuk pemain-pemain PUBG tempatan yang berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih jauh.

Aktiviti e-sukan melibatkan kerjasama antara pemain, pengurus dan penaja sekali gus memupuk semangat berpasukan dan mengeratkan hubungan antara pemain.

Terbaharu, PUBG Mobile telah melancarkan pendaftaran untuk pertandingan PUBG Pro League (PMPL) musim kelima. Buat kali pertama PMPL akan disertai oleh peserta dari tiga negara Asia Tenggara iaitu Malaysia, Filipina dan Singapura.

Pendaftaran kelayakan PUBG Mobile Pro League musim kelima akan berakhir pada 9 Januari 2022. Pemain yang memilik rank Ace dan ke atas sahaja mampu merebut peluang dalam PMPL musim ini.

Dalam pada itu, PUBG Mobile juga telah meraikan tahun baharu 2022 bersama peminat di tiga pusat beli-belah terkemuka iaitu IOI Puchong, Sunway Velocity dan Sunway Pyramid.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan buat pengunjung yang hadir antaranya kehadiran idola e-sukan seperti Firdaus Hashim (MasterRamen), Hakim Saddar, Roslinda Embran (Missrose), Sahrul Daulay (Pemburu7) dan Intan Serah.

Bukan itu sahaja pengunjung juga berpeluang bergambar dengan watak-watak dalam PUBG Mobile dan juga Spiderman.

SEMPENA sambutan tahun baharu 2022, pengunjung berpeluang bergambar dengan watak-watak dalam PUBG Mobile dan juga Spiderman

Menariknya, gambar yang dimuat naik dalam laman sosial menggunakan tanda pagar rasmi seperti #WinnerWinnerHappyNewYear, #PUBGMOBILE, #PUBGMXChristmas dan #PUBGXSpiderman berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik.

Pemenang bertuah akan diumumkan menerusi laman web rasmi PUBG Mobile Malaysia. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas