Berita

Perutusan khas PM 6 petang ini

PUTRAJAYA, 2 April -- Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempengerusikan mesyuarat secara persidangan video bersama wakil peneraju syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Bangunan Perdana Putra hari ini.
- Diterbit 11 Januari 2021 8:50 AM MYT

PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyampaikan perutusan khas mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, pada 6 petang ini.

Menerusi catatan di laman Facebook beliau, perutusan khas itu akan disiarkan secara langsung di saluran stesen televisyen tempatan iaitu Radio Televisyen Malaysia (RTM), Bernama TV, TV3 dan Astro Awani.

Pada Jumaat, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Perdana Menteri akan membuat pengumuman khas hari ini mengenai tindakan yang akan dilaksanakan kerajaan, berhubung situasi semasa jangkitan COVID-19 yang menunjukkan trend peningkatan.

Sejumlah 2,433 kes harian baharu COVID-19 dilapor semalam menjadikan jumlah kumulatif kes positif ialah 135,992 kes, manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 27,332 kes. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas