Berita

Pengakap Raja berkualiti dari pemeriksaan berintegriti

PENARAF Pengakap Raja membuat semakan buku log di Sekolah Alam Shah, Putrajaya baru-baru ini.
- Diterbit 13 Mac 2020 7:47 AM MYT

KUALITI. Bagi mendapatkan Pengakap Raja yang berkualiti, pemeriksaan buku log dilakukan dengan teliti ke atas 251 orang calon terlibat.

Kali ini, Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) daerah Putrajaya sekali lagi diberi penghormatan menjadi tuan rumah Pusat Pemeriksaan Buku Log Berpusat Calon Pengakap Raja Peringkat Negeri Selangor tahun ini.

Seramai 90 Penaraf Pengakap Raja Negeri Selangor berkampung selama dua hari di Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya bagi memeriksa 4,518 buah buku log sebelum memilih calon berkualiti untuk melayakkan mereka menyertai Ujian Penarafan Pengakap Raja.

Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Selangor, Noor Hashim Ismail mengucapkan terima kasih kepada semua penaraf yang hadir meluangkan masa untuk melakukan pemeriksaan dan menilai dengan penuh integriti.

“Taklimat pemeriksaan disampaikan Setiausaha Lembaga Penarafan Pengakap Raja Negeri Selangor, Mohd. Hafiz Hamdan Shukor,” katanya.

Turut hadir Penolong Setiausaha Lembaga Penarafan Pengakap Raja Negeri Selangor, Mohd. Safuan Mohd. Yusuf; Ahli Lembaga Penarafan Pengakap Raja Negeri Selangor, Muhammad Hilmi Hazwan Abdul Aziz dan Penaraf Pengakap Raja, Haslinda Abu Hassim.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas