Berita

Pajak gadai hanya boleh kenakan caj 2 peratus

ORANG ramai beratur untuk berurusan dengan kedai pajak gadai. Gambar hiasan
- Diterbit 6 Mei 2020 10:39 AM MYT

PUTRAJAYA – Kedai pajak gadai hanya dibenarkan mengenakan kadar faedah tidak melebihi dua peratus kepada individu yang memajak barangan mereka.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jumlah faedah itu adalah ditetapkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

“Kalau tidak melebihi dua peratus adalah dibenarkan. Namun sekiranya lebih boleh terus melaporkan kepada KPKT.

“Ini berikutan kedai pajak gadai adalah di bawah bidang kuasa kementerian tersebut,” katanya dalam sidang akhbar harian di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan orang ramai terhadap tindakan kedai pajak gadai yang mengenakan kadar faedah yang tinggi.

Dalam pada itu, pengubahsuaian di kondominium berstrata oleh penyewa dan pemilik dibenarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.

“Pembaikpulihan utiliti seperti air dan elektrik juga tidak pernah disekat sejak dahulu lagi termasuk serta tiada isu mengenainya,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas