Berita

Kesedaran patuh PKP meningkat, jumlah kes ingkar menurun

PERJALANAN rentas negeri masih tidak dibenarkan dalam tempoh PKPB. Gambar hiasan ANGGOTA polis trafik mengawal kenderaan dari ibu kota menghala ke Petaling Jaya. Gambar IPD Petaling Jaya
- Diterbit 23 April 2020 9:55 AM MYT

PUTRAJAYA – Terdapat trend penurunan membabitkan jumlah tangkapan terhadap individu yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam tempoh dua hari kebelakangan ini.

Keadaan itu  sekali gus menunjukkan bahawa kesedaran dan pematuhan arahan dalam kalangan masyarakat semakin meningkat.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Yaakob berharap trend tersebut terus kekal agar rantaian Covid-19 berjaya diputuskan.

“Kejayaan yang diumumkan Kementerian Kesihatan (KKM) juga bergantung kepada pematuhan rakyat terhadap PKP yang sedang berlangsung.

“Selain itu, kita juga perlu berterima kasih kepada pihak anggota keselamatan kerana berjaya menjalankan tugas mengawal rakyat,” ujar beliau dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri memberitahu, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menangkap 763 individu semalam berbanding 865 pada hari sebelumnya.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 648 individu direman, 115 diberi jaminan polis dan 860 lagi dituduh di mahkamah,” ujar beliau.

Sementara itu, kata beliau, sebanyak 835 sekatan jalan raya di seluruh negara dilakukan semalam yang mana 581,942 kenderaan diperiksa serta 41,184 pemeriksaan mengejut dan 6,658 premis telah diperiksa. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas