Biz

Kerjasama dengan pempengaruh TikTok… Aeril, Wawa fikir nasib peniaga

Asmaradana.|||AERIL dan Wawa sentiasa memikirkan cara untuk membantu peniaga menjana pendapatan.|
- Diterbit 19 September 2022 10:52 AM MYT

SITUASI pandemik COVID-19 yang lalu masih memberi kesan kepada masyarakat sehingga ke hari ini. Walaupun sudah ramai yang bangkit, namun bukan semua dapat merebut peluang pekerjaan.

Menyedari situasi ini, pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal terus bekerja keras demi kelangsungan hidup para peniaga bawah Wawa Cosmetics.

Terbaharu, mereka bekerjasama dengan pempengaruh TikTok untuk produk baharu iaitu Wangian Wawa x Rozyana yang dilancarkan di Kajang, Selangor, baru-baru ini.

SEKITAR Majlis Pelancaran Wangian Wawa x Rozyana. 

Menurut Aeril, kerjasama dengan Rozyama Roslan ini antara cara untuk memajukan lagi bisnes mereka sekaligus membantu ejen menjana pendapatan.

“Pemilihan Rozyana adalah tepat kerana dia mempunyai jutaan pengikut di TikTok. Trend sekarang pun makin ramai yang aktif di TikTok, jadi kita kena ambil peluang dan ikut perkembangan semasa.

“Malah kebanyakan isu viral pun datang daripada aplikasi itu. Jadi kami jalinkan kerjasama ini selain kaji apa yang tengah trending sekarang.

“Ini kerana walaupun saya dan Wawa selebriti, kami tidak menafikan pengaruh (influencer) daripada pempengaruh lain juga membantu bisnes kami. Tidak boleh berharap kepada kami berdua saja.

“Biarlah pada masa mendatang jenama ini masih mampu bergerak sendiri walaupun kami tidak ke depan,” katanya.

AERIL dan Wawa sentiasa memikirkan cara untuk membantu peniaga menjana pendapatan.

Dalam masa sama, Wawa turut mengumumkan kerjasama dengan Rozyana menerima impak positif apabila produk wangian itu sudah terjual 22,000 unit sebelum pelancaran dibuat.

Wawa berkata, kerjasama ini penting demi memastikan kelangsungan para pekerja dan peniaga (reseller) berada dalam keadaan yang baik.

“Kami percaya kepada rezeki, itu izinNya. Bagaimanapun saya tidak menafikan kami memang berusaha keras. Sampai kita yang suami isteri ni pun asyik bercakap soal bisnes memanjang. Nak tidur pun cakap bisnes.

“Sebabnya ramai yang bergantung harap pada kami. Wawa Cosmetics sendiri kini sudah mempunyai sekitar 30 orang pekerja, ‘reseller’ juga kian bertambah. Kalau kami ‘tidur’ susah juga,” ujarnya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas