Selebriti

EYKA FARHANA Dedah Sikap Kekasihnya, AKHYAR

Akhyar Rashid|AKHYAR pemain bola sepak Kebangsaan dan JDT
- Diterbit 25 Jun 2020 10:00 PM MYT

SAMA cantik, sama padan. Begitulah diibaratkan pasangan merpati dua sejoli pelakon Eyka Farhana dan pemain bola sepak Kebangsaan dan Johor Darul Ta’zim (JDT), Akhyar Rashid.

Eyka akui sebelum ini dia tidaklah terlalu terbuka bercakap pasal Akhyar kerana mereka masih lagi dalam proses mengenal hati budi masing-masing.

“Akhyar memang istimewa di mata saya. Apa yang saya boleh cakap, dia seorang yang kelakar, baik hati dan sangat mementingkan keluarganya.

“Kalau berborak dengannya, saya pasti akan gelak sepanjang masa,” luah Eyka yang tidak menolak soal kahwin dan menyerahkannya kepada takdir jodoh.

EYKA kini kekasih pemain bola sepak, Akhyar Rashid

“Pasal kahwin, Babah (panggilan untuk Ayah)  pernah juga tanya bila nak kahwin. Insya Allah akan sampai waktunya. Doakan yang terbaik ya! 

“Iyalah.. Babah mahu pun mana-mana ayah dalam dunia ini pasti mahukan anak perempuan dibimbing dengan betul. 

“Selain itu, saya harap si dia (Akhyar)  pun boleh terima famili saya seadanya,” luah Eyka Farhana atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, 25.

Sejak awal tahun ini, kisah percintaan Eyka dan Akhyar menjadi bualan hangat di kalangan peminat. 

Ramai peminat gembira dengan percintaan mereka dan mendoakan Eyka dan Akhyar cepat-cepat bertemu jodoh.

AKHYAR pemain bola sepak Kebangsaan dan JDT

Selain itu, sempena hari bapa beberapa hari lepas, Eyka turut meluahkan rasa bertuah mempunyai ayah,Wan Sarmizi Wan Ibrahim.

“Kepada Babah, terima kasih membesarkan Eyka dengan sebaik mungkin. Eyka tahu, sampai bila pun Eyka tidak mungkin boleh membalas jasa Babah. 

“Semoga Babah sentiasa menjadi ayah terbaik dari dulu sampai sekarang,” jelasnya lagi yang akan muncul dalam drama bersiri My Sweet Heart Hannan.

“Saya bawa watak sebagai Hannan seorang jururawat yang pernah berkahwin dan bercerai. Dalam masa yang sama, bekas suami datang kembali memujuknya.

“Alhamdulillah rezeki saya tidak putus walaupun keadaan sekarang ramai yang sedang melalui saat-saat sukar akibat wabak Covid-19.

“Saya juga ada merancang mahu buat bisnes, tapi semuanya masih awal untuk diceritakan,” katanya lagi. 

Antara drama lakonan Eyka Farhana sebelum ini ialah Ramadan Terakhir, Istikharah Cinta, Ketupat Palas Mr. Handsome, Nota Buat Cempaka, Cinta Itu Fairytale dan banyak lagi.

Manakala antara filem lakonannya pula ialah Polis Evo, Juvana 2, Juvana 3, Autumn In Wales dan banyak lagi. – WILAYAHKU. 

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas