Berita

Kaji selidik Covid-19, fokus kesan perbelanjaan penduduk – DOSM

IMBAS kod QR untuk sertai kaji selidik.
- Diterbit 23 Mac 2020 2:31 PM MYT

PUTRAJAYA – Jabatan Perangkaan (DOSM) sedang menjalankan kaji selidik khas secara atas talian bagi mengkaji kesan wabak Covid-19 kepada ekonomi dan individu di negara ini.

Kaji selidik pusingan pertama yang bermula hari ini sehingga 31 Mac nanti, terbuka kepada semua penduduk Malaysia yang berumur 15 tahun ke atas.

Maklumat yang dikumpulkan tertakluk di bawah Akta Perangkaan 1965 (Disemak 1989) iaitu maklumat yang diterima adalah sulit dan hanya digunakan bagi tujuan perangkaan.

Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin, kaji selidik pusingan pertama ini mempunyai 21 soalan yang merangkumi tiga modul iaitu Modul Umum, Modul Pekerjaan dan Modul Perbelanjaan.

“Dapatkan kaji selidik ini akan digunakan sebagai input kepada kerajaan untuk mengukur kesan penularan wabak Covid-19 terhadap ekonomi, pekerjaan dan pola perbelanjaan penduduk Malaysia.

“Bagi memenuhi keperluan kajian, DOSM mengalu-alukan semua penduduk Malaysia yang berkelayakan memberi kerjasama dengan menyertai kaji selidik ini melalui pautan http://bit..ly/SurveiCOVID19DOSM atau kod QR yang disertakan atau laman sosial media rasmi DOSM (@StatsMalaysia),” katanya. – WILAYAHKU

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScO2Rao1Q4KuPmCQZw-J4NALpu-bTUxokJZKAetrf7NWLpJug/viewform

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas