Berita

Jalan berlubang : Shahidan dedah nombor telefon, minta rakyat hubunginya

Gambar: Kementerian Wilayah Persekutuan
- Diterbit 7 Oktober 2021 6:11 AM MYT

MENTERI Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim mendedahkan nombor telefon peribadinya kepada warga kota supaya dapat memaklumkan mengenai jalan berlubang di sekitar Kuala Lumpur.

Dalam ucapan penggulungan mengenai Rancangan Malaysia ke-12 bagi kementeriannya. Shahidan turut berkongsi nombor telefon Timbalannya, Datuk Seri Jalaluddin Alias serta Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah.

“Boleh hubungi saya di talian, 0194545111, Timbalan saya, Datuk Seri Jalaluddin, 0196524444 dan Datuk Bandar (Kuala Lumpur) Mahadi, 0162068883,” katanya.

Tambahnya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) turut akan bertindak atas sebarang aduan kerosakan jalan raya di ibu negara dalam masa 24 jam.

“Kami bersiap siaga. Rakyat Malaysia boleh hubungi. Yang baru datang Kuala Lumpur, jumpa jalan berlopak boleh hubungi kami dan kami akan ambil tindakan dalam 24 jam,” katanya.-WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas