Berita

Hujan lebat: 18 kenderaan dihempap pokok tumbang, tiada kemalangan jiwa

- Diterbit 19 Mei 2023 3:30 PM MYT

HUJAN lebat dan ribut di sekitar ibu kota malam ini menyebabkan 18 kenderaan rosak akibat dihempap pokok tumbang.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dalam kenyataan malam ini memaklumkan telah menerima beberapa panggilan kecemasan dari MERS999 dan talian terus ke balai berkaitan kes pokok tumbang dan telah menghantar jentera ke lokasi kejadian.

“Lokasi yang terjejas antaranya di Jalan Kampung Attap, Jalan Sultan Ismail, Taman Bukit Angkasa, Pejabat Kesihatan Kepong, Jalan Ayer Jernih dan Flat Wangsa Maju.

“Selain itu (turut terjejas) di Bayu Mont Kiara, Bukit Kiara, Jalan Kelantan, Bukit Persekutuan, Jalan Ampang berhampiran Muzium Istana, Jalan Istana dan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul,” menurut kenyataan itu.

PGO turut memaklumkan kejadian berkenaan tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas