Berita

Hakisan pantai sejak tiga tahun lalu menghantui penduduk

PENAMBAKAN antara sungai dan pantai yang terhakis mengakibatkan kedua-dua aliran itu bakal bertembung.
- Diterbit 18 Disember 2020 9:02 AM MYT

HAKISAN pantai di Kampung Tanjung Aru Nelayan, Labuan yang kian merebak kira-kira satu kilometer dikhuatiri bakal menjejaskan ekosistem alam semula jadi dan penduduk setempat.

Sejak berlaku hakisan, hampir tiga dan empat pondok dan separuh jalan konkrit serta jambatan telahpun musnah akibat hakisan pantai yang kian menganas.

Penduduk kampung, Nordin Kadir, 47, berkata hakisan pantai berlaku telah sekian lama telah berlaku dan sekarang ini hakisan pantai di kampung ini semakin membimbangkan.

NORDIN

“Hakisan di pantai di kampung kami ini semakin dahsyat dan saban hari hakisan akan berlaku jika dibiarkan hakisan ini bakal semakin teruk.

“Bukan itu sahaja, akibat daripada hakisan itu juga memberikan kesan kepada kelestarian alam dan habitat tumbuhan hijau musnah.

Jelas beliau lagi selain hakisan akibat ombak yang mengakibatkan hakisan pantai kian menjadi teruk terdapat juga punca lain yang telah mendorong hakisan itu semakin teruk saban hari.

“Terdapat projek kerja-kerja penambakan sungai telah mengakibatkan kemusnahan tumbuhan hutan paya bakau yang menyebabkan hakisan itu berlaku.

“Kita sememangnya tahu bahawa projek tersebut merupakan langkah yang baik oleh pihak yang berwajib namun kerja-kerja penambatan sungai itu tidak diselengara dengan baik yang telah pun menyebabkan hutan paya bakau dikawasan pantai musnah dan menyebabkan hakisan semakin parah,” katanya ketika ditemui Wilayahku.

SANIB

Sementara itu, seorang lagi penduduk kampung, Sanib Abd Wahid, 52, berkata pelbagai kerosakan telah berlaku susulan hakisan pantai yang saban hari semakin parah.

“Dahulunya, pantai kampung ini mempunyai kemudahan jalanraya, pondok dan jambatan namun sekarang ia telah musnah akibat hakisan pantai.

“Sekarang kenapa tempat penurunan perahu kini berada di tengah laut ia menunjukkan pantai ini kian terhakis,” katanya.

Menurutnya, sekian lama hakisan berlaku namun tiada sebarang usaha daripada pihak berwajib dalam membina tembok di pantai itu bagi mengelakkan berlakunya hakisan pantai itu ketahap yang lebih serius.

“Kami seluruh kampung yang melibatkan seramai 500 penduduk memohon agar pembinaan tembok dilaksanakan agar pantai kampung kami ini diselamatkan.

Dalam pada itu, ujarnya kampung Tanjung Aru Nelayan adalah merupakan perkampungan pelancongan yang diiktiraf namun jika diteliti ia tidak seperti dibayangkan.

“Kampung ini adalah kampung Desa Wawasan akan tetapi jika dilihat keadaan pantainya yang teruk musnah oleh hakisan yang saban hari tidak menunjukan seperti desa wawasan.

“Kami harapkan agar pembinaan tembok dapat dilaksanakan oleh pihak yang berwajib agar dapat menyelamatkan keadaan pantai kampung ini yang saban hari semakin terhakis,” katanya. – WILAYAHKU

SEPARUH jalan simen kontrik telah musnah akibat hakisan pantai
Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas