Selebriti

DJ Fuzz tak sangka lagu ciptaan bakal dinyanyikan artis Taiwan

DJ Fuzz mahu tembusi Taiwan.
- Diterbit 18 Mei 2020 1:19 PM MYT

KOMPOSER DJ Fuzz hari ini berkongsi berita gembira apabila lagu ciptaannya ketika menyertai sebuah kem penulisan lagu di Taiwan beberapa tahun dahulu bakal dinyanyikan oleh artis sana.

Bagaimanapun, DJ Fuzz atau nama sebenarnya Farzwa De-Attaher Emir, tidak mendedahkan judul lagu berkenaan sebaliknya memberitahu ia merupakan kolaborasi bersama empat penulis dari negara lain.

“Tak terfikir yang saya akan buat lagu untuk artis Taiwan. Beberapa tahun dahulu saya pernah ke Taiwan dan menyertai kem penulisan lagu di Taipei selama seminggu.

“Di situ, saya telah berkolaborasi dengan beberapa penulis lagu dari Taiwan, Amerika Syarikat, Korea dan Finland,” katanya.

Berkongsi lagu berkenaan bakal dibawakan dalam bahasa Mandarin, DJ Fuzz turut berharap karya ciptaannya akan menjadi popular dan tersenarai dalam carta lagu Taiwan.

“Akhirnya lagu yang kita buat telah digunakan untuk artis di Taiwan dalam bahasa Mandarin.

“Alhamdulillah, minta doakan lagu ini jadi hit, Mana tahu boleh masuk carta sana,” tulisnya. -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas