Selebriti

Benjy meninggal dunia di Medan akibat asma

- Diterbit 11 Julai 2021 6:26 AM MYT

PELAKON Benjy Ibrahim yang juga anak kepada aktres Allahyarham Azean Irdawaty menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Medan, Indonesia pada Ahad.

Menurut Astro Awani, berita pemergian Benjy itu dimaklumkan oleh ayah Benjy, Khairil Anwar Zainal Mukhtar Rashidi.

“Ben (panggilan buat Benjy) meninggal di hospital Medan Indonesia akibat Asma hari ini,” itu mesej kiriman Khairil Anwar kepada Astro AWANI menerusi WhatsApp sebentar tadi.

Menurut Karl, beliau dimaklumkan anak sulungnya itu meninggal dunia akibat penyakit Asma.

Karl yang diuji dengan penyakit strok ketika dihubungi berkata, urusan pengebumian Benjy akan dilakukan di Medan.

“Ada kawan Ben telefon saya maklumkan Ben meninggal dunia pukul 11 pagi ini,” jelas Karl dalam nada sebak ketika dihubungi.

Pada 2017, Benjy dijatuhi hukuman penjara 11 tahun di Indonesia atas kesalahan cubaan menyeludup dadah jenis syabu. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas