Berita

Belia Bakti Putrajaya serah sumbangan alat tulis

MUHAMAD SYAZMIR (tengah) bersama barisan guru dan anggota pentadbiran SMK Presint 5 (1), Putrajaya selepas
- Diterbit 26 Januari 2020 2:29 PM MYT

PRIHATIN. Kira-kira 132 murid Sekolah Kebangsaan Presint 16 (2) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Presint 5 (1) menerima sumbangan alat tulis pada 17 dan 20 Januari lalu.

Pengerusi Persatuan Belia Bakti Putrajaya, Muhamad Syazmir Ahmad Najib berkata, tujuan program itu diadakan adalah bagi memberi sumbangan alat tulis kepada murid yang akan menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.

“Program ini merupakan anjuran pertama Persatuan Belia Bakti Putrajaya dan saya berharap ia akan diteruskan pada masa hadapan,” katanya.

Terdahulu, sumbangan diserahkan Muhamad Syazmir dan Pengerusi Youth Power Club Putrajaya, Muhammad Ikhwan Zainal.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas