Berita

Balai bomba baharu di Kiansam bakal dibina tahun depan

ABD Rahman ( dua kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada Timbalan Ketua Polis Labuan pada Majlis Perbarisan Tahunan JBPM 2023 baru-baru ini.
- Diterbit 19 Mac 2023 7:00 AM MYT

CADANGAN bagi pembinaan balai bomba baharu di lokaliti Kiansam di sini dibuat berdasarkan keperluan dan kepadatan penduduk di kawasan tersebut.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan, Abd Rahman Ali berkata dengan adanya balai baharu itu bukan sahaja memberikan respons secara pantas jika berlakunya sebarang kecemasan.

“Cadangan akan dilaksanakan bermula pada tahun hadapan bagi pertambahan balai bomba di kawasan Kiansam dan perkara itu bergantung kepada peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Perbarisan Tahunan JBPM 2023 peringkat Labuan di Ibu Pejabat JBPM Labuan, RanchaRancha, baru-baru ini.

Pada majlis itu, Abd Rahman turut berkesempatan menyampaikan sijil penghargaan kepada agensi kerajaan, swasta dan petugas media.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata pihaknya akan terus bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan dan swasta dalam menyebarluaskan khidmat kebombaan melalui kempen kesedaran awam mengenai kebakaran dan sebagainya.

“Kami di pihak JBPM menghargai kerjasama daripada agensi kerajaan dan swasta termasuklah pihak wartawan yang sentiasa menyalurkan maklumat kesedaran awam kepada masyarakat,” ujarnya yang mengharapkan kerjasama ini akan terus terjalin pada masa akan datang. -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas