Berita

Ashira Aziz kini sah isteri Bad Indigo

|MAJLIS nikah berlangsung dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP)
- Diterbit 11 Mac 2021 1:15 PM MYT

PENYANYI yang juga peserta Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7), Ashira, 37, kini sah bergelar isteri kepada ahli kumpulan Indigo, Bad,46, dengan sekali lafaz.

Ashira atau nama sebenarnya Sharifah Nur Ashira binti Syed Abdul Aziz dan suaminya Badrul Izhan bin Yeop Abdullah dinikahkan oleh bapa Ashira sendiri, Syed Abdul Aziz bin Syed Alwi pada pukul 2.45 petang hari ini bertempat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

MAJLIS nikah berlangsung dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP)

Terdahulu, menerusi instagram Ashira memuat naik fotonya yang sedang mengenakan inai di tangan.

Ashira yang merupakan ibu tunggal kepada seorang anak lelaki, Megat Shazril Haziq Hadi, 15, mula menjalinkan hubungan dengan cinta dengan Bad selepas sama-sama menyertai GV7 sekitar Oktober lalu.

Bad yang berstatus duda, turut mempunyai dua anak iaitu Rayyan, 12, dan Rania, 11 daripada perkahwinan terdahulu. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas