Berita

Abam Bocey meninggal dunia dalam tidur, anak baru berusia 8 bulan

- Diterbit 10 Februari 2020 2:09 AM MYT

PUTRAJAYA – Pelawak terkenal Abam daripada kumpulan Bocey, 32, meninggal dunia secara mengejut di kediamannya di Gombak dekat sini, awal pagi tadi.

Difahamkan Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd. Redzuan tidak menunjukkan tindak balas apabila dikejutkan isterinya untuk menunaikan solat subuh.

Allahyarham juga dikatakan mengalami demam dan sakit kepala beberapa hari lalu namun enggan ke hospital.

Pelakon dan pelawak ini meninggalkan seorang balu, Nor Hidayah dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang berusia 8 bulan.

Difahamkan, Abam akan dikebumikan di Gombak Utara selepas solat Asar hari ini. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas